SABTU, 30 OKTOBER 2021
IGAN: Pemberian dos vaksin penggalak untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng bermula pada Selasa membabitkan keseluruhan 418 individu di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Di PPV Dewan Serbaguna Matu, seramai 238 individu yang berisiko dan warga emas menerimanya dari bermula dari 27 hingga 28 Oktober 2021.
Manakala seramai 180 lagi warga emas termasuk dari dari kawasan pesisir Batang Igan menerima dos suntikan mereka di PPV Klinik Kesihatan Igan dari 26 sehingga 28 Oktober.
Penerima yang hadir merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menggalakkan golongan orang ramai mendapatkan vaksin penggalak untuk mengelakkan jangkitan yang lebih serius. – EDISI UKAS