ADUN Piasau Tinjau Pelaksanaan Projek RTP Tambah Baik Fasiliti Dan Naik Taraf Taman Permainan Di Taman Bulatan Miri

SABTU, 30 OKTOBER 2021

MIRI: Dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau sedang dilaksanakan antaranya menambah baik fasiliti taman dan menaik taraf serta memperbaiki taman permainan di Taman Bulatan Miri.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah mengadakan lawatan ke atas kedua-dua projek RTP itu pada Jumaat.

Dua projek tersebut ialah Cadangan Menambah Baik Fasiliti Taman Bulatan Miri seperti trek jogging, lampu, jambatan, laluan pejalan kaki dan kemudahan lain, dan Cadangan Menaik Taraf dan Memperbaiki Taman Permainan di Taman Bulatan Miri.

Menurut Datuk Sebastian Ting, kedua-dua projek tersebut merupakan permohonan Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang dan Bulatan Park Runners Association bagi menyediakan kemudahan yang selamat dan lebih selesa kepada pengunjung Taman Bulatan Miri.

Beliau berharap penduduk Miri memberikan kerjasama dan sokongan kepada kontraktor dalam menyiapkan projek ini demi keselesaan pada masa akan datang. 

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Aries dan Kaunselor Leslie Lau, Penghulu Leonard dan kakitangan MBM.-EDISI UKAS