ADUN Dalat Hadir Program Saberkas Bersama Belia

ISNIN, 01 NOVEMBER 2021

DALAT: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah meluangkan masa menghadiri Program Saberkas bersama belia di Waterfront Dalat pada Sabtu.


Dalam program tersebut, Dato Sri Fatimah turut menyampaikan sumbangan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) beliau untuk menampung sebahagian dari program tersebut.


Sementara itu, program yang dianjurkan oleh Saberkas Dalat itu telah diselaras oleh Kaunselor Abdul Halim Hamdian yang bertujuan mengetengahkan bakat-bakat belia di Daerah Dalat serta diadakan secara santai dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.


Sejurus selepas itu, beliau sempat melawat Pusat Internet Dalat di mana golongan belia mengadakan kursus kemahiran excel. – EDISI UKAS