ADUN Meradong Turun Padang Saksi Pelaksanaan Projek Rakyat

ISNIN, 01 NOVEMBER 2021

MERADONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing turun padang bagi menyaksikan pelaksanaan projek rakyat bagi kawasan DUN Meradong pada Sabtu.


Beliau memberitahu, geran pelaksanaan projek berkenaan disalurkan kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membaikpulih jalan utama dan jalan kebun terutamanya pada hujung tahun iaitu musim hujan.


Katanya lagi, projek tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) serta diminta agar membuat Pemantauan Pelaksanaan Projek melalui JKKK yang telah diluluskan dana berkenaan.


“Selama 5 tahun di DUN Meradong, Kerajaan Sarawak banyak meluluskan dana pembangunan prasarana di Daerah Meradong dan ini terbukti di bawah pucuk pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang sentiasa menitik berat pembangunan di luar bandar,” jelasnya lagi.


Sementara itu, penduduk Jalan Kong Hock dan Rumah Panjang Nealy berasa amat gembira kerana jalan mereka yang rosak akibat takungan air hujan hingga menyukarkan untuk keluar dan masuk bagi menjalankan aktiviti harian telah dibaikpulih.


Dalam pada itu, beliau berharap sokongan padu daripada penduduk kampung dan rumah panjang terhadap Kerajaan Sarawak dapat diteruskan agar pembangunan prasarana di luar bandar akan berterusan pada lima tahun yang akan datang amnya di Daerah Meradong.-EDISI UKAS