ADUN Simanggang Serah Geran RM21,000 Kepada JKKK Dan Biro Wanita

SELASA, 2 NOVEMBER 2021

SIMANGGANG: Sejumlah RM21,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita rumah panjang di kawasan Simanggang.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis pada Isnin.

Terdapat tujuh rumah panjang yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut dan ini merupakan kesinambungan daripada beberapa rumah panjang yang telah mendapat peruntukkan untuk membiaya aktiviti JKKK dan Biro Wanita.

Dalam pada itu, Datuk Francis berkesempatan meninjau perkembangan penyambungan bekalan elektrik ke Rumah Gunuong, Kampung Samak dan Ulu Undop yang memasuki fasa memasang tiang kabel.

Apabila projek ini siap kelak, bermakna hampir kesemua kampung di DUN Simanggang telah dibekalkan dengan elektrik.

Begitu juga dengan jalan raya akses yang telah dinaik taraf akan memberi keselesaan kepada penduduk Kampung Samak.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia