PDP Tinjau 10 Rumah Panjang Di DUN Bawang Assan

SELASA, 02 NOVEMBER 2021

BAWANG ASSAN : Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Bawang Assan yang diketuai oleh Joshua Ting Fu Ying telah membuat lawatan ke 10 buah rumah panjang di kawasan Bawang Assan pada Isnin.


Lawatan tersebut bertujuan memahami secara mendalam masalah harian yang dihadapi oleh penduduk rumah panjang kawasan berkenaan serta membantu mereka meningkatkan taraf hidup.


Difahamkan, masalah terbesar yang dihadapi oleh rumah-rumah panjang di kawasan Bawang Assan adalah kekurangan air yang memaksa penduduk di kawasan itu untuk bergantung kepada air hujan untuk kegunaan harian.
Selain itu, sesetengah pintu juga menghadapi masalah tiada bekalan elektrik, menyebabkan kehidupan asas mereka tidak dapat dipenuhi.


Sehubungan itu, Joshua Ting berharap pihak-pihak yang berkaitan boleh menangani isu tersebut dengan menaik taraf infrastruktur penduduk di situ supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. – EDISI UKAS