Seramai 1,061 Penerima Bantuan JKM Dari Parlimen Igan Antara 2018-2021

SELASA, 2 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Jumlah penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan Parlimen Igan ialah seramai 1,061 penerima yang melibatkan semua skim bantuan jabatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kementeriannya JKM menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu sehingga kumpulan sasar ini mampu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan mampu ke arah hidup berdikari.

Menurutnya, peruntukan keseluruhan yang telah disalurkan dari tahun 2018 hingga September 2021 adalah sebanyak RM8.5 juta.

“Bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh JKM merupakan bantuan secara bersasar dan terbuka kepada semua golongan yang memerlukan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh Garis Panduan Pengurusan Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2018.

“Syarat utama penentuan kelayakan pemberian bantuan ialah Pendapatan Garis Kemiskinan Semasa (PGK). JKM telah menggunakan dua kaedah pengiraan PGK iaitu, PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa,” katanya semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Igan bertanya mengenai jumlah penerima bantuan JKM di kawasan Parlimen Igan dari tahun 2018 hingga sekarang dan apakah mekanisme pemilihan yang diguna pakai serta jumlah peruntukan yang terlibat serta kategori penerima bantuan.

Dato’ Siti Zailah menambah, pertimbangan untuk menentukan kelayakan pemohon boleh menggunakan kaedah 1 atau 2 dan yang mana lebih memberikan kesejahteraan dan kebajikan kepada pemohon.

Katanya, penggunaan PGK Semasa ini telah diguna pakai dalam menentuka kelulusan permohonan Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan OKU Tidak Bekerja, Bantuan Alat Tiruan dan Bantuan Geran Pelancaran.

“Syarat kelayakan permohonan bantuan JKM bukan bergantung sematamata kepada pendapatan, malah turut mengambil kira faktor-faktor lain seperti bilangan ahli isi rumah yang perlu ditanggung, ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarganya dan faktor-faktor
lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan keluarga.

“Kelulusan pemberian bantuan ini adalah melalui proses siasatan serta penilaian yang dibuat secara standard dan konsisten.

“Setiap permohonan lengkap yang diterima akan disiasat dan dibuat penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon agar bantuan diberikan kepada yang benar-benar berkelayakan,” katanya. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia