UNIFOR Serah Geran RM600,000 Kepada Dua Tokong Di Sadong Jaya

SELASA, 2 NOVEMBER 2021

SADONG JAYA: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah meluluskan dana sebanyak RM300,000 untuk Tokong Kampung Jemukan Cina dan RM300,000 untuk Tokong Kampung Semera Cina.

Simbolik penyerahan geran telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo bertempat di Tokong Jemukan Cina pada Isnin.

Menurut Aidel Lariwoo, ini adalah insiatif kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu memberi bantuan kepada rumah ibadat kaum cina di kawasan Sadong Jaya.

Dalam pada itu, Pengerusi Tokong Kampung Jemukan Cina, Hon Yew Chai mewakili penduduk setempat mengzahirkan penghargaan kepada Aidel Lariwoo serta Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri atas keprihatinan mereka terhadap agama-agama lain di kawasannya.

“Dengan adanya dana yang telah diberikan oleh kerajaan negeri, ia akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk menambah baik tokong mereka supaya boleh mendatangkan keselesaan kepada penganut mereka bila melakukan ibadat.”ujarnya. –EDISI UKAS