Padang Bola Sepak Dinaik Taraf Untuk Keselesaan Penduduk Kampung Jaya Bakti

RABU, 3 NOVEMBER 2021

KUCHING: Projek menaik taraf padang bola sepak di Kampung Jaya Bakti akan menjalani proses tambah baik dengan menaik taraf sistem perparitan dan pemasangan pagar pada bulan ini. 

Projek peparitan sepanjang 264 meter dan pemasangan pagar itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan dengan kos sebanyak RM150,000 dengan menggunakan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai.

Menurut Ketua Kaum Kampung Jaya Bakti, Deris Bohari, proses menaik taraf sistem perparitan dan pemasangan pagar penting untuk memastikan padang tersebut tidak memberi masalah kepada pengguna serta penduduk sekitar.

Dalam pada itu, Deris Bohari turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang telah banyak membantu dalam merealisasikan permohonan penduduk kampung.-EDISI UKAS