RABU, 3 NOVEMBER 2021
SIBU : Majlis Jalinan Kasih Bersama Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah diadakan di Hotel Kingwood Sibu pada Rabu.
Majlis tersebut merupakan inisiatif oleh Toh Puan sendiri sejak tahun 2015 yang merupakan program amal bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dari pelbagai daerah.
Dalam pada itu, seramai 50 penerima sumbangan termasuk RM5,000 kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat adalah daripada sumbangan peribadi Toh Puan.
Antara NGO yang menerima adalah Pusat Perkhidmatan Warga Emas Sibu, Pusat Aktiviti Warga Emas Sibu, Perkim Wanita Cawangan Sibu, Persatuan Ibu Tunggal Zon Tengah Sibu dan Jawatankuasa Rumah Panjang Nangka.
Dalam majlis yang sama, penyampaian simbolik geran kerajaan negeri Sarawak juga telah di agihkan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bahagian Miri.
Antaranya ialah PPDK Murni Dudong (RM168,433.75), PPDK Sibu (RM149,810.35), PPDK Muhhibah Bawan (RM100,386.95) dan PPDK Nur Qaseh Nangka (RM160,183.75). -EDISI UKAS