264 Warga Emas, Individu Mempunyai Penyakit Komorbid Di Matu Terima Vaksin Dos Penggalak

KHAMIS, 4 NOVEMBER 2021

MATU: Pemberian vaksin dos penggalak diteruskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Matu melibatkan seramai 264 orang warga emas dan individu mempunyai penyakit komorbid.

Program diadakan pada itu Rabu itu dianjurkan oleh CITF Daerah Matu bermula jam 8 pagi.

Kebanyakan penerima menzahirkan raa gembira kerana tersenarai awal untuk menerima vaksin penggalak ini lebih-lebih lagi wabak COVID-9 masih berleluasa di kawasan tersebut.

Program vaksinasi berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dikuatkuasakan dan tiada insiden tidak diingini berlaku. – EDISI UKAS