KHAMIS, 04 NOVEMBER 2021
MERADONG : Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Meradong pada Khamis.
Datuk Amar Jaul membuat lawatan sambil diiringi oleh Pegawai Residen Bahagian Sarikei, Felicia Tan Ya Hua bagi lawatan ke Pejabat Daerah Meradong dan Stadium Bola Keranjang Bintangor.
Sementara itu, beliau turut meninjau kaunter perkhidmatan Pejabat Daerah Meradong dan Dewan Pejabat Daerah Meradong.
Sejurus selepas itu, beliau bersama rombongan melawat Tapak dan Taklimat Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong untuk membina baharu Stadium Bola Keranjang Bintangor di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).
Turut hadir ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing; Pengarah Unit Pemantauan Perlaksanaan Negeri (SIMU), Azmi Bujang; Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin serta Pegawai Daerah Sarikei, Christopher Ranggau Unting.-EDISI UKAS