JKR Daerah Saratok Serah Tapak Projek RTP Jambatan Kampung Hulu Maludam

KHAMIS, 4 NOVEMBER 2021

MALUDAM: Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Saratok menyerahkan tapak projek naik taraf Jambatan Kampung Hulu Maludam kepada kontraktor pada Rabu.

Projek tersebut merupakan salah satu projek yang tergendala akibat kekangan pandemik COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM130,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dato’ Simoi Peri.

Pelaksanaan projek berkenaan akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat setelah mendapat keluhan bahawa jambatan itu agak sempit untuk dilalui kenderaan. –EDISI UKAS