Kontraktor Bertanggungjawab Serah Empat Projek Kerajaan Negeri Kepada JPS Mukah

KHAMIS, 04 NOVEMBER 2021

SARIKEI : Projek Naik Taraf Dewan Ar Rahmah Sarikei yang dilaksanakan oleh kontraktor bertanggungjawab, Syarikat Norhata menelan kos sebanyak RM300,000 bakal siap sepenuhnya pada 3 Mac 2022.

Dalam perkembangan sama, turut direalisasikan ialah Penyerahan Projek Siap bagi Projek Transformasi Luar Bandar( RTP)  membabitkan pembinaan Jeti Rumau Mut Kampung Stalon, Tanjung Manis.

Projek penyiapan pembinaan jeti bernilai RM150,000 berkenaan diserahkan oleh Kontraktor Putri Enterprise kepada Jurutera Pengairan dan Saliran Bahagian Mukah, Faizal Suki.

Sementara, itu turut diserahkan ialah Projek Naik Taraf Jalan Ban dan persimpangan dari Rumah Baki ke Rumah Joni  Kampung Sebayang bernilai RM150,000 yang telah siap awal daripada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 14 Mac 2022. 

Penyerahan Projek Kerajaan GPS ini dilakukan oleh pihak kontraktor kepada pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mukah.

Kesemua penyerahan projek berkenaan disaksikan oleh Baijuri Jaujie yang mewakili  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.-EDISI UKAS