Bangunan Baharu MBM Siap Sepenuhnya, Jadi Mercu Tanda Bandar Miri

JUMAAT, 5 NOVEMBER 2021

MIRI: Bangunan Majlis Bandaraya Miri (MBM) baharu yang telah siap sepenuhnya akan menjadi mercu tanda baharu bagi bandar Miri.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang memberitahu,  projek pembinaan Miri City Hall Baru telah mengambil masa selama 28 bulan.

Jelas beliau, pada mulanya projek tersebut perlu disempurnakan pada 24 Disember 2020, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kibat pandemik COVID-19, projek telah ditangguhkan.

“Projek pembinaan Miri City Hall Baru ini telah mengambil masa 28 bulan, pada permulaannya projek tersebut perlu disempurnakan pada 24 Disember 2020, disebabkan  pandemik Covid-19, projek telah ditangguh.

“Majoriti jabatan dalam MBM telah berpindah ke bangunan baru ini dan hanya tinggal tiga jabatan yang masih di bangunan lama iaitu pasukan kesihatan dan pasukan keselamatan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Adam Yii memaklumkan, majlis perasmian akan diadakan pada 15 November 2021 yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.-EDISI UKAS