KOTAMAS Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Igan

JUMAAT, 5 NOVEMBER 2021

IGAN: Seramai 70 penerima terdiri daripada anak yatim dan golongan sasar menerima sumbangan berupa barangan persekolahan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Program tersebut dianjurkan oleh Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) dengan kerjasama PERKIM Sarawak di Dalam Program PERHATI (PERKIM Prihatin) INSAN di Dewan Masyarakat Igan pada Khamis.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya yang turut menghadiri majlis berkenaan sempat merakamkan ucapan tahniah kepada KOTAMAS kerana memilih Igan sebagai Tuan Rumah program tersebut.

Beliau juga berbangga kerana Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dipilih sejak pengaktifan pertubuhan tersebut sejak dari dulu lagi.

Dato Dr Juanda juga mencadangakan agar KOTAMAS memilih PERKIM sebagai anak angkat bagi memudahkan mereka berhubung berkaitan dengan aktiviti tahunan mereka.

“Program agihan oleh KOTAMAS Cawangan Sarawak adalah program yang terpuji di mana program ini dijalankan bersama-sama pihak agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya di luar bandar,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemubual, Pengerusi Koperasi Telekom Malaysia Negeri Sarawak, Abu Bakar Abdul Aziz berkata beliau memilih PERKIM Igan sebagai penerima sumbangan yang bernilai RM7,000 untuk memfokuskan kepada golongan yang memerlukan bantuan khususnya di luar bandar yang juga terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi PERKIM Cawangan Kuala Igan, Ayang Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada KOTAMAS di atas kepercayaan mereka memilih PERKIM bagi melaksanakan usaha mereka membantu golongan tersebut.

Turut hadir Pengetua SMK Agama Igan, Pengurus Pusat Internet Komuniti Igan dan KMKK Igan. – EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia