ISNIN, 8 NOVEMBER 2021
BINTULU: Sebanyak RM11,000 hasil jualan produk telah berjaya diperolehi dalam Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) 2021 yang telah diadakan di Hotel Promonade Bintulu pada Jumaat.
Kesemua hasil jualan ini telah diserahkan kepada peserta yang terlibat sepanjang Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) 2021 ini diadakan pada 1 hingga 3 November 2021.
Hadir menutup Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) 2021, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC) Zolkipli Mohamad Aton dan kepimpinan tertinggi SFC.-EDISI UKAS