957 Individu Terima Suntikan Vaksin Dos Penggalak Di Samarahan

SELASA, 9 NOVEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai 957 individu yang terdiri daripada golongan warga emas hadir menerima suntikan dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Samarahan pada Isnin.

Pegawai Penyelaras PPV Stadium Tertutup Samarahan, Dr. Liyu Zin Eu berkata, program vaksinasi dos penggalak di situ telah bermula sejak 5 November lepas dan dijangka berakhir pada 24 November depan.

Menurutnya, anggaran penerima dos penggalak adalah seramai 24,000 orang individu secara keseluruhan bagi kawasan Daerah Samarahan.

“Kita juga menyasarkan untuk menerima seramai 1,200 orang dalam tempoh sehari sama ada secara janji temu atau secara terus,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, sesiapa yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh datang secara terus ke PPV Stadium Tertutup Samarahan. -EDISI UKAS