SELASA, 9 NOVEMBER 2021
SRI AMAN: Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPNS)Sarawak melaksanakan program bas kaunter bergerak di perkarangan Pekan Lachau pada Ahad.
Ianya merupakan simulasi hari kedua perlaksanaan program tersebut dan terdapat dua kaunter perhidmatan dibuka kepada orang awam.
Program ini bertujuan memberikan kemudahan bagi pendaftaran kelahiran, kematian dan kad pengenalan serta khidmat nasihat terutamanya penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar. –EDISI UKAS