Operator Penambang Terima BKSS 6.0 Di Sibu

RABU, 10 NOVEMBER 2021

SIBU: Majlis Penyerahan Cek Bantuan Khas Penambang Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah diadakan di Terminal Penumpang, Sibu pada Selasa. 

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Dr. Murni Suhaili, Setiuasaha Tetap Kementerian Pengangkutan Negeri Sarawak, Datu Buckland Bangik serta Senator, Robert Lau Hui Yew.

Menurut Dato Sri Lee, pada tahun 2020 sejumlah RM99,500 telah dikeluarkan kepada 199 penambang dan kini pada tahun 2021 sebanyak RM99,500 lagi diagihkan kepada 199 penambang. 

Dalam pada itu, beliau menambah Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui LSS sentiasa memantau serta berhubung dengan residen bahagian masing-masing dan pengusaha bot penumpang mengenai situasi dan perkembangan perkhidmatan pengangkutan sungai di negeri ini.

Selain itu, penyerahan jaket keselamatan dan baju t ‘Friend of Rivers’ juga turut diserahkan kepada penambang. – EDISI UKAS