PDP Dudong Agih Empat Set Sistem Siar Raya Kepada Empat Rumah Panjang Di Sibu

RABU, 10 NOVEMBER 2021

SIBU: Empat buah rumah panjang telah menerima sumbangan set Sistem Siar raya (PA Sistem) bernilai RM12,000 daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Dudong pada Selasa. 

Pengerusi PDP Cawangan Dudong, Kaunselor Teo Boon Siew telah menyerahkan sumbangan tersebut ke Pusat Khidmat PDP Cawangan Dudong.

Antara rumah panjang yang menerima sumbangan tersebut adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah David Kalang, Rumah Nancy Lanju, Rumah Anthony Miring dan Rumah Peter Joh. – EDISI UKAS