KHAMIS, 11 NOVEMBER 2021
SEBUYAU: Pembinaan Dewan Masyarakat di Kampung Stika, Sebangan yang berjumlah RM350,000 telah siap sepenuhnya.
Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, projek tersebut adalah di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 dan akan memberi manfaat kepada penduduk disitu.
Dalam program sama, Datuk Julaihi turut menyempurnakan majlis pembukaan jalan akses ke Kampung Stika yang sepanjang 5.5 kilometer dan berjumlah RM500,000 menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) yang telah siap pada 9 November 2020.
Sementara itu, beliau menyeru kepada rakyat di kawasan DUN Sebuyau untuk terus memberikan sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri dalam memastikan kelangsungan pembangunan yang dibawa.-EDISI UKAS