Kerajaan Perlu Punyai Iltizam Tinggi Untuk Perkasakan Usaha Tepati MA63

KHAMIS, 11 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempunyai iltizam yang tingi untuk memperkasakan usaha menepati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, usaha ini amat bermakna dan penting kepada rakyat Sarawak dan Sabah dalam memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam konteks Keluarga Malaysia.

“Isu mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) sentiasa dekat dihati rakyat Sarawak dan rakyat Sarawak sentiasa teruja untuk mengetahui status perkembangan terkini mengenai isu-isu yang diputuskan oleh Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (JKKKMA63),”katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahmad Johnie berkata, tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang telah diputuskan dan dilaksanakan selama perundingan ini.

“Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan apakah perkara-perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Dan apakah lagi isu-isu yang masih belum diputuskan seperti Isu Royalti Minyak dan Pembayaran Tunai Petroleum, Isu Mineral Minyak dan Medan Minyak, Isu Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan Hak Negeri Ke atas Pelantar Benua,” soal beliau.

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu FELCRA di Negeri Sarawak kerana mahu agensi ini dapat memainkan peranan dan tanggungjawab mereka membantu rakyat diluarbandar dengan baik.

“Lebih-lebih lagi FELCRA mempunyai keupayaan untuk menjaga kepentingan ekonomi dan sosial para pesertanya serta mengaplikasikan agro-teknologi dalam mempelajari agenda Dasar Jaminan Makanan Negara.

“Saya tidak mahu melihat dan mendengar FELCRA dilabel sebagai agensi yang gagal menjaga kepentingan pesertanya khususnya gagal dalam memberi pulangan dividen yang diharapkan,”ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kepada kementerian Pertanian dengan Industri Makanan untuk melaksanakan projek di Kawasan Parlimen Igan iaitu melaksanakan pembangunan tanaman makanan yang berorientasikan eksport yang mempunyai permintaan yang tinggi, memperkenalkan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi moden seperti Teknologi Internet of Things (IOT) untuk mendapatkan hasil dan kualiti yang baik, dan mewujudkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) untuk menjamin kualiti dan permintaan pasaran produk pertanian.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia