Seramai 300 Orang ‘Walk-In’ Dos Penggalak Di PPV Dewan Serbaguna Matu

KHAMIS, 11 NOVEMBER 2021

MATU: Kira-kira 300 individu telah hadir mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Matu pada Rabu. 

Rata-rata yang hadir terdiri dari pelbagai golongan dan secara sukarela kerana keyakinan masyarakat terhadap vaksin meningkat setelah melihat hasil selepas menerima dos kedua terdahulu.

Dalam pada itu, penerima berasa amat gembira kerana ianya dapat meningkatkan lagi imuniti mereka. 

Sehubungan itu, program vaksinasi tersebut berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS