PPV Awam Bahagian Miri Ditutup Bermula 15 November Ini

JUMAAT, 12 NOVEMBER 2021

MIRI: Kesemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bahagian Miri akan ditutup secara rasmi pada Isnin, 15 November ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, bermula dari tarikh itu tiada lagi proses vaksinasi diadakan di PPV Eastwood Valley, PPV Curtin University, PPV Dewan Masyarakat Bekenu, PPV Dewan Masyarakat Beluru, PPV Dewan Masyarakat Sepupok, PPV Dewan Suarah Marudi dan PPV Dewan Terbuka Long Lama.

“Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) di Bahagian Miri masih lagi berjalan seperti biasa tetapi pelaksanaan pemberian vaksin adalah sedikit berubah kerana bermula 15 November 2021 pemberian vaksin akan dijalankan di klinik-klinik kesihatan dan fasiliti kesihatan swasta. 

“Sehubungan itu, mana-mana individu yang masih lagi belum mendapatkan vaksin atau ingin mendapatkan vaksin dos penggalak atau booster, boleh menghubungi nombor telefon dan memberikan butiran individu kepada pegawai bertugas. 

“PPV KK Tudan 085-664650 dan 016-9040816 (whatsapp sahaja), PPV KK Miri 085-412322 dan 010-3711358 (whatsapp sahaja), PPV KK Bekenu 085-719003, PPV KK Batu Niah 085-736046 dan 085-737710, PPV KK Tun Abang Haji Openg 013-5262082, PPV KKIA Marudi 085-755259, PPV KK Beluru 011-63132717, PPV KK Long Lama 019-8010814, Lee Klinik 085-436411 dan 085-433253, Klinik Dinamik Miri 085-433381, Klnik U.N.I Miri 019-3292420 dan 085-656081, Borneo Medical Centre Miri 012-5849335, Colombia Asia Hospital Miri 085-437755, Miri City Medical Centre 085-426622 dan KPJ Hospital Miri 085-649999,” katanya. 

Tambah kenyataan itu lagi, bagi individu yang masih belum mendapatkan vaksin di kawasan pedalaman pula, individu boleh terus ke Klinik Kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 manakala, bagi vaksin dos booster pula, individu boleh berhubung dengan Klinik Kesihatan tersebut. -EDISI UKAS