UNIFOR Serah RM3,896,000 Peruntukan Geran Operasi Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

JUMAAT, 12 NOVEMBER 2021

KUCHING : Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyerahkan peruntukan geran operasi berjumlah RM3,896,000 secara keseluruhan untuk beberapa rumah ibadat bukan Islam, pada Jumaat.

Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia.

Antara penerima adalah Diocese Sibu, Diocese Miri, Seventh-Day Adventist Mission of Sarawak, Sarawak Blessed Church, Borneo Evangelical Mission, Sarawak Chinese Annual Conference, Gereja Methodist Malaysia Sarawak Iban Annual Conference, Sarawak Baptist Church, The Salvation Army, Gereja Grace Sentral, Bread of Life Centre Kuching, City Harvest Christian Fellowship, Persatuan Kebajikan Kristian Komuniti Grace dan 611 Bread Of Life Christian Church Sibu.

Turut diserahkan kepada Persatuan Penganut Kristian Bandar Sibu, Calvary Charismatic Centre, Persatuan Kristian New Generation, Sarawak Baha’i Charitable Trust, Pertubuhan Kesedaran Krishna A/Bangsa, Sri Seenivasagar Kaliamman Temple, Sri Maha Mariamman Mount Matang, Sri Maha Mariamman Temple Association Kuching, Sibu Hindu Temple Association, The Miri Hindu Society Sri Kamini Durga Eswari Amman Temple, Sarawak Sikh Temple, Sibu Sikh Temple dan Guardwara Sahib Miri.

Hadir mewakili penganut Buddha dan Tao, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian.

Menurut Datuk Amar Douglas, pemberian geran tersebut membuktikan dasar inklusif kerajaan Sarawak untuk membantu rumah-rumah ibadat agama-agama selain Islam di negeri ini. -EDISI UKAS