110 Individu Terima Suntikan Vaksin Dos Penggalak Di Klinik Kesihatan Sebangan

SABTU, 13 NOVEMBER 2021

SEBUYAU : Seramai 110 individu terdiri dari warga emas, petugas barisan hadapan dan yang berpenyakit komorbid hadir menerima suntikan Vaksin Dos Penggalak  di  Klinik Kesihatan Sebangan pada Jumaat.

Rata-rata penerima berasa lega setelah selesai divaksin dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan disamping berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif membantu golongan yang berisiko menghadapi jangkitan COVID-19.     

Proses vaksinasi berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS