498 individu Terima Suntikan Vaksin Dos Penggalak Di PPV Dewan Masyarakat Tebedu

SABTU, 13 NOVEMBER 2021

SERIAN : Seramai 498 individu yang terdiri daripada warga emas, petugas barisan hadapan, kakitangan kerajaan dan yang berpenyakit komorbid dilaporkan menerima suntikan Vaksin Dos Penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu pada Jumaat.

Rata-rata yang hadir adalah dikalangan lapan buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Reteh Plaman, Tubih Behem, Temong Putah, Temong Mura, Darul Huda, Tebedu Mawang dan Bung Padus termasuk dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Pertanian dan Jabatan Kastam Tebedu.

Program vaksinasi anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Serian (JKBS) itu berjalan dengan lancar dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS