Abdul Yakub Hadir Majlis Penyerahan Jersey Pasukan Mukah U25

SABTU, 13 NOVEMBER 2021

MUKAH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi menghadiri majlis ringkas penyerahan jersey Pasukan Mukah FA U25 bertempat di Stadium Mukah pada Jumaat.

Ia adalah sedikit sokongan dari Abdul Yakub selaku Penasihat Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah dengan menyumbangkan sebanyak RM5000 sebelum perlawanan tersebut.

Perlawanan yang tertangguh beberapa bulan disebabkan pandemik COVID-19 disambung semula menyaksikan Mukah U25 bertemu dengan pasukan Miri U25 dalam kejohanan Bola Sepak Liga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021 bertempat di Stadium Mukah.

Manakala pada 20 November 2021, Mukah U25 akan bertemu dengan pasukan Bintulu U25.

Dalam pada itu, Abdul Yakub sempat memberikan kata-kata semangat kepada pasukan Mukah U25 sebelum perlawanan yang akan berlangsung pada Sabtu.

Turut hadir penaja jersi Mukah FA U25 dari syarikat CESOIL, Sarjan Ajahar Bakar; Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah, Royston Valentine; Pengurus Pasukan Mukah FA U25, Jamal Wasli; Ketua Jurulatih Pasukan Mukah FA U25 dan Exco Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah. – EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia