SABTU, 13 NOVEMBER 2021
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awg Nasar kini membawa gelaran ‘Tan Sri’ setelah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada Sabtu.
Pengurniaan tersebut adalah bersempena dengan istiadat menghadap dan istiadat pengurniaan darjah-darjah kebesaran persekutuan sempena ulang tahun keputeraan rasmi oleh Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Datuk Amar Mohamad Asfia yang juga Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak merupakan antara 18 penerima Darjah tersebut.-EDISI UKAS