Projek Bina Baru Parit Konkrit Kampung Seberang Suak Dijangka Siap Dalam Tempoh Dua Bulan

JUMAAT, 12 NOVEMBER 2021

BETONG : Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Betong bersama wakil Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Kaunselor Tarip Kidi telah menyerahkan tapak Projek Bina Baru Parit Konkrit Kampung Seberang Suak Maludam, pada Jumaat.

Memakan kos sebanyak RM100,000, projek menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diperuntukkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dato Simoi Peri itu dijangka mengambil masa selama dua bulan untuk dilaksanakan.

Difahamkan dengan siapnya projek tersebut kelak akan memberi manfaat kepada penduduk hampir 20 buah pintu di sekitar Kampung Seberang Suak, Hilir Maludam.

Hadir sama, Ketua Kampung Anuar Dollah serta kontraktor yang terpilih melalui cabutan undi untuk mengendalikan projek tersebut. -EDISI UKAS