Projek Naik Taraf ‘Ring Bund’ & Bina ‘Flap Gate’ Di Kampung Sungai Ladong Mula Dilaksanakan

SABTU, 13 NOVEMBER 2021

SEBUYAU: Projek menaik taraf ‘ring bund’ dan membina ‘flap gate’ yang merangkumi ban di sekitar kawasan Kampung Sungai Ladong dan Kampung Seruyuk kini mula dilaksanakan.

Projek sebanyak RM423,513.30 itu dibangunkan menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA).

Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi telah menyaksikan penyerahan projek tersebut di Dewan Masyarakat Kampung Seruyuk.

Projek tersebut dijangka dilaksanakan dalam tempoh lapan bulan bermula pada 13 November sehingga 13 Julai 2022.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad serta tetamu jemputan lain. -EDISI UKAS