Proses Sanitasi Bersihkan Kuil Cheng Sian Tong

SABTU, 13 NOVEMBER 2021

KUCHING : Menerusi Program Khidmat Komuniti, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan telah mengadakan proses sanitasi membersihkan Kuil Cheng Sian Tong pada Jumaat.

Menggunakan kekuatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Padungan, proses sanitasi itu berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Ia antara usaha yang dilakukan pihak Pusat Khidmat DUN Padungan dalam membantu mengekang penularan COVID-19 disamping menghindari penyebaran wabak terhadap individu yang mengunjungi kuil tersebut. -EDISI UKAS