SABTU, 13 NOVEMBER 2021
KUCHING : Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) telah tampil memberi sumbangan kerusi roda kepada seorang penduduk di Kampung No.6, Suharto Shariff pada Jumaat.
Penyampaian sumbangan diwakili oleh Ahli Jawatankuasa PKPJ, Abdul Rahman Adenan.
Suharto yang kehilangan sebelah tapak kaki disebabkan menghidap penyakit kencing manis sememangnya memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.
Oleh itu, beliau amat menghargai keprihatinan PKPJ disamping berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni sedemikian. -EDISI UKAS