ADUN Meradong Hadir Ke Program Pembangunan Komuniti Projek Rakyat DUN Meradong

AHAD, 14 NOVEMBER 2021

MERADONG: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah hadir ke Program Pembangunan Komuniti Projek Rakyat bagi kawasan DUN Meradong pada Sabtu.

Berucap dalam majlis ringkas berkenaan, Datuk Ding berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak menerusi Program Pembangunan Komuniti Projek Rakyat Meradong dalam menyalurkan dana untuk membaikpulih jalan utama di luar bandar.

Antara jalan utama yang dibaikpulih ialah Jalan Utama Sg Pidi, Jalan Kelupu 2-4km / Jln Ming Tee, Sg Temudak, Sg Bakong Hulu, Sg Bakong Hilir, Sg Labas, Sg Mador dan Sg Tulai di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

Sementara itu, Datuk Ding mengucapkan terima kasih dengan seliaan dan kerjasama MDMJ kerana sentiasa membuat pemantauan dan memastikan projek mengikut komponen pelaksanaan projek yang telah dicadangkan.

Dalam pada itu, penduduk di jalan yang dibaik pulih turut menyatakan rasa gembira dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan kepada mantan ADUN Meradong kerana telah membaikpulih jalan utama yang berlubang. – EDISI UKAS