Jangan Leka, Kekal Patuhi SOP Untuk Kekang Penularan COVID-19

AHAD, 14 NOVEMBER 2021

BETONG: Masyarakat di Betong diingat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di daerah itu.

Gesaan itu disuarakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu kerana menyedari wabak berkenaan masih menular di Betong.

Menurutnya, orang ramai di situ yang layak untuk mendapatkan dos penggalak digalakkan berbuat demikian kerana vaksin tersebut terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan yang teruk.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Santuni Masyarakat – Pengagihan Bakul Makanan kepada Penduduk Kampung Melayu Betong Tahun 2021 di Dewan Masyarakat Kampung Masjid, Betong pada Sabtu.

Program anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong itu menyaksikan seramai 30 penerima terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas dari enam buah kampung menerima sumbangan bakul makanan. – EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia