Jentera Pemuda PBB Tanjong Datu Dilancarkan

ISNIN, 15 NOVEMBER 2021

LUNDU : Pergerakan jentera Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu telah dilancarkan di Dewan Mahligai Gading Lundu, pada Ahad sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pelancaran tersebut dalam masa yang sama menggesa para pemuda untuk terus menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mana membuka ruang kepada generasi muda untuk menjadi pelapis harapan bangsa samada dalam bidang politik mahupun pentadbiran negeri Sarawak.

Pegawai Tadbir Khas di Pejabat Ketua Menteri,Bujang Helmi Hazmi berkata, beliau yakin serta percaya akan kemampuan pemuda di Tanjong Datu untuk menjalankan kerja serta tanggungjawab yag diamanahkan semasa PRN yang akan datang biarpun diadakan dalam keadaan norma baharu.

Pengisian program turut diadakan sesi ceramah daripada pihak Biro Penerangan PBB Tanjong Datu.-EDISI UKAS