Geran Peruntukan MRP Fasa 8 Diagihkan Kepada Penerima Di DUN Kakus

RABU, 17 NOVEMBER 2021

TATAU: Penyaluran geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) oleh Kerajaan Sarawak adalah untuk meringankan beban penduduk khususnya dalam pelaksanaan projek pembangunan dan pelaksanaan program serta aktiviti. 

Menteri Muda (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, jumlah ini tidak banyak, tetapi memadai untuk membantu pelaksanaan projek dan penganjuran program dan aktiviti persatuan. 

Pada kali ini sebanyak RM710,000 geran peruntukan MRP Fasa 8 diagihkan kepada penerima di DUN Kakus. 

“Walaupun tidak banyak dan tidak cukup  tetapi inilah cara  kerajaan GPS untuk membantu JKKK rumah panjang atau persatuan  agar memudahkan mereka untuk  melaksanakan projek pembangunan dan program program atau aktiviti  di rumah panjang atau persatuan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam dalam Majlis Penyerahan Cek MRP DUN Kakus di Pejabat Daerah Tatau pada Selasa.

Selain Pejabat Daerah Tatau, Datuk John Sikie turut menyerahkan sendiri geran peruntukan MRP di Rumah Luvak Joo, Rumah Morse Ugak, Rumah Apee Banta dan Pusat Khidmat DUN Kakus. 

Sementara itu, Tuai Rumah Gerry Jani mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana telah membantu menyediakan peruntukan bagi melaksanakan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) sebanyak RM50,000 bagi membina rumah panjang. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia