Mantan ADUN Repok Sumbang Katil Kepada Seorang Pesakit Di Jalan Sentebu

RABU, 17 NOVEMBER 2021

SARIKEI : Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii, telah menyumbangkan sebuah katil kepada seorang penduduk di Jalan Sentebu melalui Pasukan Pusat Khidmat Repok pada Selasa.

Pasukan Pusat Khidmat Repok telah menghantar sumbangan katil tersebut dengan segera setelah menerima permohonan daripada keluarga Lau Woong Ming yang berusia 71 tahun itu.

Dalam pada itu, sumbangan tersebut bertujuan bagi memberikan keselesaan serta memudahkan anggota keluarga beliau menguruskannya.

Sehubungan itu, ahli keluarga penerima menzahirkan rasa syukur dan terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan yang di berikan oleh Dato’ Sri Huang.-EDISI UKAS