Pejabat Residen Bahagian Kapit Adakan Mesyuarat Lawatan Kerja KM Di Belaga

RABU, 17 NOVEMBER 2021

BELAGA: Pejabat Residen Bahagian Kapit telah mengadakan mesyuarat kedua bagi membincangkan persiapan lawatan kerja Kerja Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg Ke Sungai Asap Belaga.

Mesyuarat dipengerusikan Residen Bahagian Kapit, Nyurak Keti di Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap pada Selasa memaklumkan fokus utama lawatan Ketua Menteri adalah bagi melihat perkembangan terkini beberapa projek rakyat di kawasan berkenaan.

Antara projek yang dibincangkan adalah projek Gereja Umum B.E.M, Projek Air, Jalan Lot Pertanian dan Projek Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap.

Selain itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon yang turut hadir berharap agar semua pihak khasnya agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan lawatan kerja tersebut supaya dapat melakukan yang terbaik agar segala program dapat berjalan dengan lancar. – EDISI UKAS