Datuk Dr Abdul Rahman Lawat Loji Simpanan Air Sekumang, Tanjung Manis

KHAMIS, 18 NOVEMBER 2021

TANJUNG MANIS : Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi  telah membuat lawatan kerja ke Loji Simpanan Air Sekumang, Tanjung Manis di Stesen Pam Penggalak Sekumang pada Rabu. 

Lawatan kerja berkenaan bertujuan meninjau serta mendapatkan maklumat terkini status semua projek yang telah dilaksanakan.

Difahamkan, projek tangka air aras tinggi ini sedikit lewat berikutan pendemik yang berlaku dan telah dijadual semula dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022. 

Dalam pada itu, projek tersebut bertujuan bagi menjamin semua rakyat mendapat bekalan air bersih terawat disamping dapat membuka ruang pelbagai industri di kawasan Halal Hub, Tanjung Manis.-EDISI UKAS