Lawatan Tapak Bina Baharu Dewan Serbaguna Kampung Meranek, Kota Samarahan

KHAMIS, 18 NOVEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Lawatan tapak bagi projek bina baharu Dewan Serbaguna Kampung Meranek telah dilakukan dan diketuai oleh Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an pada Khamis.

Pelaksanaan projek tersebut akan bermula pada awal tahun 2022 dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dengan anggaran kos berjumlah RM1 juta.

Penduduk kampung di kawasan berkenaan menyambut baik pembinaan dewan itu kerana ianya akan memberikan manfaat kepada mereka untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Jerry Zannuddin Bidin, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan, Syed Faqih Muhammad Wan Mohd Yusop dan Penghulu Kampung Meranek, Asi Arbi. –EDISI UKAS