Ahli Parlimen Batang Lupar Serah Tapak Projek & Surat Setuju Terima Projek Di DUN Sebuyau

JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021

SEBUYAU: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim meluangkan masa hadir ke sesi penyerahan tapak projek dan surat setuju terima yang dilaksanakan melalui peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) untuk kawasan DUN Sebuyau.

Antara projek yang telah diserahkan adalah projek penyelenggaraan ‘culvert’ di parit yang menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Arus Lumut bernilai RM338,510 dan tempoh pelaksanaan projek adalah selama enam bulan.

Manakala projek penyelenggaraan sungai asal Kampung Ensika, Sungai Beliong Sebuyau dan penyelenggaraan perparitan Kampung Stika bernilai RM254,658.95 dan tempoh pelaksanaan adalah selama empat bulan.

Kedua-dua projek tersebut telah diserahkan oleh Dato Sri Rohani kepada kontrak pelaksana dan disaksikan oleh Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan.

Dalam program pada Jumaat itu, beliau turut meninjau projek penyelenggaraan sistem Perparitan dan Pembetung di Kampung Menek Sebangan ke Arus Melayu yang telah siap dilaksanakan. -EDISI UKAS