JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021
SIBU: Sebanyak 23 buah sekolah di bawah denominasi Roman Katolik Bahagian Sibu menerima cek bantuan bagi Sekolah Mubaligh Sarawak 2021 yang diadakan di Centenary Hall, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, Sibu pada Khamis.
Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan merangkap penasihat kepada Mission Authority, Roman Catholic Diocese of Sibu, Datuk Snowdan Lawan.
Dalam pada itu, The Right Reverend Joseph Hii Teck Kwong telah menerima sebanyak RM2,760,000 daripada bantuan Sekolah Mubaligh Sarawak tersebut.
Selain itu, penyampaian surat kelulusan Bantuan Dana Sekolah Mubaligh Sarawak (Roman Catholic Diocese of Sibu) telah diagihkan kepada tujuh buah sekolah di Sibu.
Ia termasuk sebuah sekolah di Kanowit, Song, Meradong dan Julau, dua sekolah di Mukah dan Selangau, tiga sekolah di Sarikei serta lima sekolah di Dalat.-EDISI UKAS