Projek PPRT Daerah Samarahan Dipantau, Pastikan Tiada Kerosakan

JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN : Pihak Pejabat Daerah Samarahan bersama Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat, dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) telah memantau tapak Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi kawasan Daerah Samarahan pada Khamis.

Antaranya, Projek PPRT Kampung Pangkalan Kuap, Kampung Bukit Berangan, Kampung Melayu, Kampung Niup, Kampung Meranek dan Kampung Baru, Kota Samarahan.

PPRT yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak ini merupakan pelaksanaan baik pulih bernilai RM15,000 (sebuah rumah) kepada golongan kurang berkemampuan dan ia telah memberi manfaat kepada sebanyak 24 buah rumah di sekitar kawasan tersebut.

Oleh itu, pemantauan bertujuan memastikan rumah yang dibaik pulih dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kerosakan.

Turut serta, Penolong Pegawai Daerah,Jerry Zainnuddin Bidin, Penolong Pegawai Tadbir MANRED,Wan Mustapha Wan Abdul Rahman, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Residen Samarahan,Juhairi Bujang dan Penolong Jurutera Integrated Agriculture Development Area (IADA) Samarahan, Sayed Pauzi Wan Hassan. -EDISI UKAS