82.52 Peratus Kawasan Berpenduduk Di Bintulu Dapat Liputan 4G

SABTU, 20 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Bintulu telah meningkat kepada 82.52 peratus pada suku kedua 2021.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, peningkatan tersebut adalah berbanding 72.34 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada suku kedua 2020.

“Secara umumnya, pelaksanaan kesemua inisiatif JENDELA ini telah bermula sejak bulan September 2020 dan inisiatif yang dalam perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. 

“Perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit kini dalam proses pelaksanaan dan dijangka akan siap secara berperingkat bermula November 2021 sehingga awal tahun 2022. 

“Manakala peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Bintulu telah meningkat kepada 82.52% pada suku kedua 2021 berbanding 72.34 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2020. 

“Selain itu, usaha penambahbaikan rangkaian akan diteruskan untuk memberikan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada pengguna,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing semasa Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis. 

Beliau turut menyarankan supaya para pengguna melayari portal JENDELA Map (https://jendela.my) yang telah dilancarkan pada Julai lepas, bagi melaporkan lokasi yang kurang mendapat liputan agar boleh dimasukkan ke dalam perancangan masa hadapan. 

“Maklumat yang diperoleh daripada pengguna secara terus secara sumber khalayak atau ‘crowdsourcing’, dapat digunakan sebagai maklumat bagi membuat perancangan penambahbahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Tan Sri Annuar juga berkata, kesemua inisiatif ini memerlukan kerjasama serta tindakan beberapa pihak berkepentingan lain terutamanya pihak Kerajaan Negeri. 

“MCMC akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri iaitu Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi menambahbaik liputan dan kualiti jalur lebar di Sarawak untuk mengenalpasti keperluan dan menyelaraskan inisiatif jalur lebar di negeri Sarawak bagi mengelakkan pertindihan lokasi pelaksanaan,” ujar beliau.-EDISI UKAS 

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia