Calon SUPP Bukit Assek Santuni Kanak-Kanak OKU Ditinggal Ayah

SABTU, 20 NOVEMBER 2021

SIBU: Kisah sedih kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Amelyn Vincent dan ibunya, Susie Linggoh yang ditinggalkan ayahnya kerana cacat mendapat simpati calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng Jin Ek.

Prihatin dengan nasib kedua beranak itu, Joseph tampil menghulurkan bantuan susu kepada Amelyn (9 tahun) ketika berkunjung ke kediaman mereka di sini pada Jumaat.

Difahamkan, ibunya terpaksa menyewa di Sibu bagi memudahkannya mendapatkan rawatan susulan untuk Amelyn di Hospital Sibu.

Sewa rumah sebanyak RM280 sebulan telah dibayar oleh Persatuan Buddhist Sibu bagi meringankan beban mereka.

Amelyn juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Sibu dan mempunyai kad OKU.

Sehubungan itu, Susie berharap sesiapa yang ingin membantu dan menderma susu dan lampin pakai buang untuk anaknya boleh menghubungi beliau di talian 012-8095850. – EDISI UKAS