Majlis Kerja Tertinggi PBB Sarawak Bermesyuarat Bincang Persiapan PRN12 

SABTU, 20 NOVEMBER 2021

KUCHING: Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra (PBB) telah bermesyuarat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Kuching pada Jumaat. 

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan diadakan dalam waktu terdekat. 

“Perbincangan meliputi perkara mengenai kolaborasi dan kerjasama dengan komponen-komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lain untuk melahirkan sebuah pasukan yang ampuh dan jitu bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran Kerajaan GPS,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut. 

Hadir semasa mesyuarat adalah Ketua Menteri Sarawak merangkap Yang di-Pertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk mempengerusikan mesyuarat, Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua PBB merangkap Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan.-EDISI UKAS 

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia