AHAD, 21 NOVEMBER 2021
DARO: Seramai 300 orang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Daro baru baru ini.
Program tersebut diteruskan lagi setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, individu yang berumur 40 tahun ke atas dan mencukupi syarat adalah digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut.
Sehubungan itu, proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS