Kerajaan Negeri Laksana Projek Metading Service Centre Di Mukah

SELASA, 23 NOVEMBER 2021

MUKAH : Pihak Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) bakal membangunkan Metading Service Centre sebagai pusat perkhidmatan berpusat yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan awam untuk masyarakat  tempatan khususnya di daerah Mukah dan Balingian.

Hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN dan Surat Kelulusan Lot Kediaman Skim Pembesaran Kampung (SPK) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awanag Tengah Ali Hassan di tapak projek Metading Service Centre, pada Isnin.

Berucap di majlis tersebut, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak memberitahu, sokongan antara satu sama lain adalah penting sekali serta terus bersama dengan kerajaan untuk mempastikan apa yang telah dirancang ini, dapat laksanakan dengan baik dan sempurna serta akan memberi manfaat kepada masyarakat kita sendiri.

“Kita akan membangunkan kawasan ini yang dulunya hutan rimba sahaja, dan kkita berhasrat untuk membangunkannya sebagai pusat perkhidmatan dan ini merangkumi beberapa komopnen dan kita akan membangunkan untuk peniaga- peniaga, industri dan sebahagian daripadanya untuk pertanian dan SPK juga akan dilaksanakan di kawasan ini,” katanya.

Antara komponen projek yang dirancang ialah medan selera, pasar basah dan kering, rumah kedai dua tingkat, kedai mini dua tingkat, premis untuk industri kotej, skim pembesaran kampung (SPK) dan tadika.

Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah turut menyerahkan Surat Kelulusan Lot Kediaman SPK kepada 124 orang penerima dan berharap agar penerima menggunakan tanah ini untuk diusahakan atau dibangunkan bagi menjadikan masa depan yang lebih baik untuk masyarakat setempat.

Turut hadir, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais; Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir; Mantan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Mantan ADUN Tellian, Yussibnosh Balo.-EDISI UKAS